Sunday, October 5, 2008

semangat melayu yg membuak-buak!!


lirik lagu warisan.. sedih dengar tun mahathir nyanyi lagu ni..tapi inilah reality yg sebanarnya..
Anak Kecil Main Api Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek moyang Kaya RayaTergadai Seluruh Harta Benda
Akibat sengketa sesama la kita,cinta lenyap diarus zaman
Indahnya Bumi Kita Ini Warisan Berkurun Lamanya Hasil Mengalir Ke Tangan Yang lain pribumi merintih sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam Kan Lenyap Peristiwa Semalam Tertutuplah Hati Terkunci Mati Maruah Peribadi Dah Hilang Kini Kita Cuma Tinggal kuasa Yang Akan Menentukan bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa Jangan Lalai Teruskan Usaha MELAYU kan gagah di nusantara.
Sajak Dr. M: Perjuangan Yang Belum Selesai PDF Print E-mail

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr Mahathir Mohamad
Mei 1996


1 comment:

waffi aziz said...

amek mana eh sajak ih ?
bg source dia kat wafi~